Salam semua.
Semua catatan atau tulisan saya di blog ini adalah mengenai cinta dalam maksud yang luas mencakupi semua aspek kehidupan. Saya mengkhususkan blog ini untuk topik cinta memandangkan dunia kini penunuh dengan kebencian dan permusuhan. Gejala ini berlaku dalam semua peringkat dan lapisan masyarakat.
Sebagai seorang wartawan dan penulis yang sentiasa membuat penelitian dan penyelidikan mengenai isu-isu agama, saya kira sudah sampai masa bagi kita untuk memberi perhatian yang serius kepada ajaran semua agama yang menyeru kepada cinta dan kasih sayang sesama manusia.
Kini rasa cinta menjadi semakin pudar dan hambar di kalangan umat seagama, sebangsa, senegera dan sedunia. Malah lebih teruk lagi penawar segala penyakit itu di kalangan umat berlainan agama, bangsa dan negara.
Jika merujuk kepada agama, semua ajaran asal semua agama mengajar penganut masing-masing supaya mencintai semasa manusia. Bagaimanapun, disebabkan terdapat penyelewengan dalam pemahaman nas-nas tertentu menyebabkan semua agama dilihat menjadi penghalang kepada penyuburan cinta di kalangan semua manusia. Malah sesetengah agama dilihat sebagai faktor tercetus kekerasan dan keganasan dalam masyarakat dan negara.
Semua agama tidak salah atau silap, tetapi yang salah dan silap adalah penganutnya yang membuat penafsiran secara tidak tepat, di luar konteks dan kerap juga bertolak daripada kepentingan-kepentingan tertentu, yang bersifat peribadi atau kelompok dan puak.
Jika kita kembali kepada roh dan falsafah asal semua agama, nescaya kita akan dapati bahawa cintalah merupakan tonggakannya.
Saya di blog ini akan membincang topik cinta ini secara panjang lebar dan mendalam.

1 comment
Comments feed for this article
May 30, 2009 at 4:26 pm
indraputra80
Quote”Kini rasa cinta menjadi semakin pudar dan hambar di kalangan umat seagama, sebangsa, senegera dan sedunia. Malah lebih teruk lagi penawar segala penyakit itu di kalangan umat berlainan agama, bangsa dan negara”Unquote.
Hilang nya rasa cinta kerana kebencian yang di tanam dan di pesongkan ole anda melalui penulisan penulisan yang penoh perasangaka sebelum ini.
Terutama dalam topik Agama,di mana setiap kebenaran yang ucapan nya datang dari kalangan ulama muktabar,,anda akan mencari kecacatan agar ia mengikut kehendak dan sealiran dgn suara pemerintah terutamanya UMNO(BN).
Sahingga ia nya hampir menjadi isu dan perbalahan di kalangan umat Melayu Islam beberapa waktu yang lalu.
Saya yang mengikuti penulisan anda di akbar merasa begitu sdy.melihat kelancagan dan ketaksuban anda menulis sahingga sanggup mengenapikan adat tatasusila budaya bangsa kerana hendak menegakan Islam dgn cara pemikiran Anda dgn Ilmu yang di salah gunakan demi mendapatkan sedikit ganjaran di Dunia.
Walahuaklam.
He!he!jgn maree!!!!!!