Cinta menjadi taboo atau pantang larang di kalangan ramai Muslim. Di Mesir sebagai contoh ramai penduduk di hulu negara Lembah Nil itu mengahwinkan anak perempuan mereka bukan saja tanpa cinta atau berkenalan terlebih dahulu, tetapi melihat muka sebelum kahwin pun tidak boleh. Malah beberapa tahun pernah berlaku kejadian abang ipar membunuh si suami di hari akad nikah kerana dia tersilap memegang tangan isterinya yang belum diserah kepadanya walaupun sudah diijabkabulkan.

Dalam Islam, Nabi Muhammad s.a.w. pun bercinta dengan bakal isteri-isterinya. Ini bermaksud baginda berkahwin selepas bercinta. Dalam sejarah perkara yang sama berlaku kepada sahabat seperti diceritakan dalam bayak riwayat.

Para ulama besar pun ramai yang bercinta dan ada di kalangan yang mengaran buku tentang cinta.

Insya-Allah dalam tulisan yang lain, saya akan membincangkan perkara secara panjang lebar.

Berdasarkan perbincangan di atas, tidak patut dijadikan cinta sebagai taboo atau pantang larang kecuali jika terpesong daripada maksud asalnya.

Advertisement